Inisiatif Keselamatan Global, Keperluan Bersama

2022-04-22 15:12:02  CRI
Share with:

"Keselamatan prasyarat untuk pembangunan, umat manusia hidup dalam sebuah komuniti keselamatan yang tidak dapat dibahagikan," demikian kata Presiden Xi Jinping semasa mengajukan Inisiatif Keselamatan Global pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA), Khamis.

Inisiatif itu merupakan satu lagi produk awam antarabangsa ditawarkan China, sebagai sumbangan kebijaksanaan untuk dunia mendepani perubahan ketika ini.

Ia merujuk kepada komitmen memegang konsep keselamatan yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan; menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain, serta tidak mengamalkan campur tangan; mentaati prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); mengambil berat kebimbangan munasabah semua pihak dalam isu keselamatan; menyelesaikan percanggahan antara negara menerusi dialog dan perundingan.

Amalan unilateralisme serta politik kumpulan dan konfrontasi blok ditolak, begitu juga sekatan unilateral dan bidang kuasa “lengan panjang”.

Selaku praktik sebenar visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, inisiatif itu bukan sekadar untuk menyelesaikan isu keselamatan yang didepani umat manusia, malah mencari pendekatan ke arah merealisasikan kedamaian berkekalan dunia.

Inisiatif Keselamatan Global yang menjunjung multilateralisme jitu, juga memberi jaminan kepada pemulihan dunia pasca wabak COVID-19.

‘Bukit sama didaki, lurah sama dituruni’, Asia telah menempuhi jalan pembangunan bersama melalui sinergi dan perpaduan.

Selaku enjin utama pertumbuhan sejagat, pembangunan Asia turut akan menyuntik momentum secara berterusan kepada ekonomi dunia.