Xi: Lahir Lebih Ramai Bakat Cemerlang untuk Industri Besi Negara

2022-04-22 12:41:12  CRI
Share with:


Presiden Xi Jinping berharap institusi pengajian tinggi (IPT) di China dapat melahirkan lebih ramai bakat cemerlang yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan inovatif industri besi dan keluli.

Harapan itu diluahkan beliau menerusi surat balas kepada profesor veteran berkhidmat di Universiti Sains dan Teknologi Beijing (USTB) pada Khamis.

Dalam surat itu, Xi menghargai jasa dan dedikasi warga USTB yang menyumbang kepada pembangunan industri besi dan keluli negara.

Beliau menegaskan, kebangkitan semula nusa dan bangsa memerlukan sokongan sebilangan besar bakat berilmu dan berakhlak mulia.

Presiden itu menaruh harapan tinggi kepada USTB yang menggalas misi negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan berketerampilan dan berkualiti menerusi pemerkasaan kolaborasi antara akademia dengan industri.

Beliau ingin melihat lebih ramai graduan berkaliber tinggi komited terhadap strategi pembangunan negara bersandarkan kemandirian dan swadaya teknologi.

Baru-baru ini, seramai 10 orang profesor veteran dari USTB menulis surat kepada Presiden Xi sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan universiti berkenaan.