Wujud Kelestarian LCS Menerusi Dialog, Kerjasama
Pembangunan mampan di Laut China Selatan (LCS) memerlukan keamanan, kolaborasi serta jaminan keinstitusian secara berterusan.
Demikian ujar wakil Kementerian Luar China bagi urusan sempadan dan marin, Tan Qingsheng dalam sesi perbincangan sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA).
Kini, China dan negara-negara ASEAN sedang giat menggalakkan pemuktamadan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.
Tan berkata, pelaksanaan CoC akan memberi jaminan keinstitusian lebih kukuh bagi mewujudkan kelestarian perairan berkenaan.
"Adalah menjadi aspirasi bersama negara serantau untuk memuktamadkan kod tatalaku itu seawal mungkin," ujarnya.
Beliau turut menekankan pentingnya kawalan percanggahan, dialog dan kerjasama serta tabir urus bersama dijalankan bagi merealisasikan kelestarian LCS.