BFA: Presiden Xi Jinping Jawab Persoalan Masa Depan Asia

2022-04-22 16:54:32  CRI
Share with:

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2022 membuka tirainya di Hainan, China pada Khamis.

 

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk “berganding bahu menghadapi cabaran, bekerjasama mencipta masa depan” secara maya.

 

Beliau menegaskan, kemakmuran Asia mendorong kepada kemakmuran dunia.

 

Bagaimana masa depan benua ini? Jawapannya dari enam kata kunci dari ucaptama Presiden Xi.

 

1. Keajaiban


Pada beberapa dekad yang lalu, “keajaiban Asia” berjaya direalisasikan hasil daripada kestabilan menyeluruh dan pertumbuhan pesat.

 

Sebagai benua terbaik, Asia diharap dapat mempamerkan ketahanan, kebijaksanaan dan kekuatan menerusi perkembangan masing-masing, di samping membina kestabilan, sumber pertumbuhan, dan kerjasama di dunia.

---Xi Jinping

 

2. Perwatakan


Asia sering berpewatakan mendorong perpaduan, menggantikan permainan hasil tambah sifar dengan dialog dan kerjasama, serta mengalih penutupan dan pengasingan dengan keterbukaan dan keinklusifan, menukar hegemoni dengan pertukaran dan saling belajar.

---Xi Jinping

 

3. Kapal Besar

 

Negara-negara di seluruh dunia seumpama penumpang yang berada di atas kapal besar yang sama dengan berkongsi nasib yang sama.

 

Kapal ini berlayar ke masa depan yang cerah dengan mengharungi kesukaran akibat ombak besar yang membadai, semua penumpang perlu mengamalkan nilai 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing”.

 

Pemikiran untuk menghumban sesiapa ke laut sama sekali tidak boleh diterima.

 

 

4. Mesin

 

Masyarakat antarabangsa telah berkembang menjadi seumpama sebuah mesin yang rumit dan bersepadu, sehingga tindakan meleraikan mana-mana  komponen akan mengakibatkan masalah serius terhadap pengoperasiannya.

 

Apabila tindakan itu berlaku, kepentingan mangsa dan pelaku sama-sama akan terjejas.

 

---Xi Jinping

 

5. Vaksin

 

Vaksin COVID-19 kekal dilihat sebagai produk awam sejagat, perlu memastikan vaksin mudah dan mampu diperolehi negara membangun.

 

China sudah membekalkan lebih 2.1 bilion dos vaksin kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.

 

Janji wajib dilunas, usaha perlu ketekadan.

 

China telah berbuat demikian dalam ketika membekalkan vaksin kepada negara lain dan menghasilkan vaksin di negara lain.

 

China akan terus memberikan bantuan vaksin kepada Afrika sebanyak 600 juta dos dan 150 juta kepada ASEAN, ini dilihat usaha China untuk mengurangkan "jurang pengimunan" global.

---Xi Jinping

 

6. Keluarga Besar

 

Negara tidak kira besar atau kecil, kuat atau lemah, di dalam atau luar rantau ini kesemuanya perlu menyumbang kepada keamanan Asia, bersama-sama membangun secara damai, berbincang kaedah kerjasama demi situasi menang-menang, bersama-sama membina Asia yang bersatu-padu dan maju jaya.

---Xi Jinping