AS Perlu Buang Fikiran Permainan Hasil Tambah Sifar

2022-04-22 13:21:54  CRI
Share with:

Bekas Gabenor California, Jerry Brown menyatakan pemikiran Amerika Syarikat (AS) berdasarkan permainan hasil tambah sifar adalah telah mengetepikan realiti tentang keperluan persaingan dan kerjasama antara AS dan China.

 

Dalam artikelnya yang bertajuk “Washington’s Crackpot Realism” yang disiarkan dalam The New York Review of Books (NYRB) baru-baru ini, Brown menganggap AS perlu mengiktiraf perbezaan kedua-dua negara ini dalam bidang sistem negara.

 

Beliau berkata, tindakan AS sekarang yang disifatkan sebagai “Crackpot Realism” hanya akan membawa lebih banyak risiko kepada AS sendiri.

 

Brown menganggap bahawa walaupun persaingan tidak dapat dielakkan, tetapi kedua-dua negara ini mempunyai kepentingan yang sama, misalnya isu mengenai pelepasan korbon dioksida, senjata nuklear, virus dan risiko bersifat sejagat tidak dapat diatasi bergantung kepada sesebuah negara.

 

"China mempunyai ekonomi yang berskala agak besar dan perkembangannya yang konsisten.

 

"China merupakan rakan dagang utama bagi negara jirannya dan berkait rapat dengan kawasan lain di dunia," ujar beliau.

 

Menurut Brown, kedua-dua negara ini perlu hidup sama bahkan menjalankan koordinasi, bukannya melancarkan perang dingin baharu.

 

Katanya, satu-satunya cara mengelakkan perang itu adalah AS perlu mengakui perbezaan sistem China dengan mereka dan menyelesaikan berkenaan secara rasional.