Hipokrasi "Kebebasan Ala AS" Terdedah

2022-04-23 14:37:41  CRI
Share with:

Mahkamah London baru-baru ini memberi pengesahan supaya pengasas laman Wikileaks, Julian Paul Assange diserahkan balik kepada Amerika Syarikat, sekali gus menimbulkan kecurigaan dan bantahan pelbagai pihak.

Sesetengah penyokong Assange mengadakan perhimpunan di luar mahkamah tersebut, membidas keputusan itu sebagai tidak masuk akal sama sekali.

Menurut peguam Assange, pengasas Wikileaks itu mungkin akan dikenakan hukuman penjara selama 175 tahun di AS.  

Assange menjadi sasaran kerajaan AS selepas membongkarkan siri skandal AS pada lebih sepuluh tahun lepas.

Penderitaan Assange turut memaparkan bahawa tiada kebebasan sebenar di AS, manakala “kebebasan” yang disebut-sebut politikus AS hanyalah dalih dan alat untuk menyerang negara lain.

Pada 2010, sejumlah besar dokumen rahsia mengenai perang Afghanistan dan Iraq dibongkarkan laman sesawang Wikileaks, sekali gus menjadikan perbuatan kejam AS diketahui ramai, termasuk menjalankan pengeboman terhadap rakyat jelata.

Selepas itu, Assange telah mendedahkan lagi siri skandal yang melibatkan kerajaan AS.

Justeru, AS memandangnya sebagai duri dalam daging dan mengemukakan 18 tuduhan terhadapnya.

Assange meminta suaka politik daripada Kedutatan Besar Ecuador di Britain pada Jun 2012. Selepas Kedutaan Ecuador menyerahkan Assange kepada Britain pada April 2019, AS pula mengemukakan permintaan supaya dia diserahkan balik.

Logik politik AS terdedah nyata. Mereka tidak membenarkan orang lain menceritakan fakta, malah tidak ingin melihat negara lain menikmati hak dan kebebasan demi pembangunan.

Penderitaan Assange dan Edward Snowden bagaikan cermin yang menggambarkan hipokrasi dan sifat keji "kebebasan ala AS".