Inisiatif Keselamatan Global, Hasil Terpenting BFA 2022

2022-04-23 15:06:15  CRI
Share with:


Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2022 yang bertemakan "Dunia dalam COVID-19: Usaha Sama demi Pembangunan Global dan Masa Depan Dikongsi", telah menutup tirainya pada Jumaat.

Inisiatif Keselamatan Global yang diajukan Presiden Xi Jinping merupakan hasil terpenting sesi BFA kali ini, menurut Setiausaha Agung BFA Li Baodong.

Katanya, inisiatif itu menekankan "keselamatan prasyarat untuk pembangunan, umat manusia hidup dalam sebuah komuniti keselamatan yang tidak dapat dibahagikan", mendapat sahutan positif semua peserta.

Mereka bersependapat, dunia kini berdepan isu keselamatan tradisional dan bukan tradisional, maka adalah mustahak untuk mencari pendekatan ke arah mewujudkan keselamatan bersama.

Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global menjadi pedoman penting bagi pembangunan pasca pandemik COVID-19.

Menurut Li, beberapa konsensus turut dicapai dalam tempoh sidang tahunan BFA antaranya melindungi nyawa dan kesihatan manusia, memacu pemulihan ekonomi, serta menangani cabaran dalam tadbir urus global.