AS Digesa Perjelas Aktiviti Biologi Ketenteraan

2022-04-23 15:35:30  CRI
Share with:

Selaku negara pemeterai Konvensyen Senjata Biologi (BWC), Amerika Syarikat (AS) wajib mematuhi perjanjian berkenaan, kata Kementerian Luar China Zhao Lijian.

Menerusi jurucakap itu, China sekali lagi menggesa AS memberi penjelasan menyeluruh mengenai aktiviti biologi ketenteraannya, serta membuang sikap menentang pembentukan mekanisme pemeriksaan multilateral.

Zhao dalam sidang media pada Jumaat berkata, AS masih belum memberi sebarang penjelasan yang meyakinkan berhubung kegiatan biologi ketenteraannya setakat ini.

Kenyataan AS yang taksa malah saling bercanggah menambahkan lagi kebimbangan masyarakat antarabangsa.