Fasa Peralihan Endemik: Masa Untuk Malaysia Pacu Semula Ekonomi

2022-04-24 16:31:10  CRI
Share with:

Malaysia dan China mampu mengurangkan batas antara negara sekiranya kedua-dua negara boleh membangun secara bersama menerusi perkongsian teknologi dan pelaburan modal.
Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, Malaysia mempunyai idea, keupayaan dan keperluan, namun kekurangan dari segi pelaburan modal.
Menurut beliau, China pula mempunyai kelebihan dari sudut modal serta teknologi, dan kedua-dua elemen itu sangat diperlukan oleh Malaysia yang kini sudah memasuki fasa IR4.0.
Sementara itu, Dr. Barjoyai berkata bahawa kini adalah masanya untuk Malaysia bagi memacu semula ekonomi setelah berjaya keluar dari fasa kegawatan ekonomi akibat kesan wabak COVID-19.
“Kita (Malaysia) perlu memikirkan usaha untuk memacu ekonomi kerana kita ada tiga ke empat tahun lagi untuk sampai ke puncak dalam pusingan ekonomi kali ini. Jadi kita perlu manfaatkan tempoh puncak ini,” ujar beliau menerusi program AGENDA AWANI ASIA pada Sabtu.