Dagangan China, Afrika Cipta Rekod Tertinggi

2022-04-24 13:56:32  CRI
Share with:

Jumlah dagangan China-Afrika bagi 2021 mencipta rekod tertinggi dengan kadar pertumbuhan sebanyak 35.3 peratus, biarpun di tengah pandemik COVID-19.

Antaranya, nilai import dari benua itu meningkat 43.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Afrika Kementerian Luar China, Zhou Ping menyatakan, data tersebut mencerminkan perdagangan antara kedua-dua pihak berdaya tahan tinggi dan berpotensi besar.

Katanya, China tidak pernah mengejar lebihan dalam perdagangan dengan Afrika.

Berkat pelaksanaan langkah-langkah seperti membuka 'laluan hijau' untuk produk pertanian dari Afrika, meluaskan lingkungan layanan tarif sifar dan mengadakan pesta beli-belah dalam talian, perdagangan kedua-dua pihak akan berkembang dengan lebih seimbang dan sihat.

Difahamkan, Pesta Barangan Bagus Afrika edisi ke-4 akan diadakan secara dalam talian pada 28 April hingga 12 Mei.

Acara itu disertai lebih 300 pengendali platform e-dagang melibatkan kira-kira 100,000 jenama dan lebih sejuta kedai.