Israel Tidak Setuju IRGC Iran Dibuang drpd 'Senarai Pertubuhan Keganasan' AS

2022-04-25 13:51:50  CRI
Share with:

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berbincang melalui telefon pada sebelah malam 24 April waktu tempatan.

Pejabat Perdana Menteri Israel kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa Bennett telah memaklumkan keadaan mengenai konflik yang tercetus antara Israel dengan Palestin di Baitulmuqdis kepada Biden dan kemudian kedua-dua pemimpin itu turut mengadakan perbincangan tentang isu Iran. Bennett dalam perbincangan itu sekali lagi menegaskan bahawa Israel tidak menerima keputusan AS yang membuang Kor Pengawal Resolusi Islam (IRGC) Iran daripada 'senarai pertubuhan keganasan' negara itu.

Kenyataan yang disiarkan laman sesawang Rumah Putih AS pula menyatakan bahawa Biden dalam perbincangan telefon itu telah mengenalpasti akan melawat Israel dalam tempoh masa beberapa bulan kelak, dan kedua-dua pihak juga membincangkan isu mengenai cabaran keselamatan serantau dan sejagat serta bantuan berkenaan AS kepada Israel.