Xi Tinjau di Universiti Renmin

2022-04-25 14:38:11  CRI
Share with:

Menjelang 4 Mei iaitu Hari Belia di China, Presiden Xi Jinping telah membuat kunjungan ke Universiti Renmin di Beijing pagi tadi.

Xi memilih melawat bilik darjah pintar, muzium dan perpustakaan semasa kunjungannya untuk mengambil tahu usaha universiti itu dalam bidang pembaharuan dan inovasi pendidikan ideologi-politik, pewarisan sejarah universiti, hasil pengajaran dan pengajian sains, perlindungan dan penggunaan kesusasteraan dan buku bersejarah lama serta penggunaan hasil penyelidikan teori dalam praktik. Kemudian, beliau mempengerusikan satu simposium yang disertai wakil guru dan siswa-siswi.