Macron Menangi Pemilihan Presiden Perancis

2022-04-25 13:47:22  CRI
Share with:

Presiden Perancis sekarang, Emmanuel Macron  mendapat 58.6% undi dalam pengundian pusingan kedua semalam, dan berjaya  memenangi pemilihan presiden untuk meneruskan penggal baharunya. Manakala, calon  dari Rassemblement National, Marine Le Pen memperoleh 41.4%  undi.

Menurut keputusan yang diumumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada Isnin, antara kira-kira 48.8 juta pengundi yang  terdaftar, kira-kira 35.1 juta atau 71.99% memilih keluar membuang undi dalam pengundian pusingan kedua yang diadakan Ahad lalu, dan kira-kira 32 juta undi  disahkan selaras dengan prosedur, iaitu menduduki 65.8%  keseluruhan.

Sebelum ini, keputusan tinjauan pendapat umum  sudah pun menunjukkan kecenderungan Macron mendahului Le Pen malam  semalam.