Financial Times: Shanghai Kekal Destinasi Pelaburan Utama

2022-04-25 14:32:23  CRI
Share with:

Financial Times Britain menyiarkan satu laporan baru-baru ini menyatakan bahawa sejumlah bank pelaburan yang berprestij dalam llingkungan sejagat sedang melaksanakan rancangan yang hebat untuk mengembangkan sayap di Shanghai, dan pelaksanaan strategi perkembangan itu tidak akan terkandas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) semasa penularan wabak COVID-19 di bandar itu.

Menurut laporan yang disiarkan pada 22 April itu,  Goldman Sachs dan J.P.Morgan telah mengerahkan sesetengah pekerjanya dari Hong Kong ke Shanghai pada beberapa minggu lalu. Morgan Stanley, Citigroup, UBS, Credit Suisse dan Deutsche Bank juga menjadikan Shanghai sebagai destinasi utamanya dalam bidang pelaburan untuk beberapa tahun akan datang.

Laporan itu memetik seorang ahli yang sangat menginsafi rancangan perkembangan Goldman Sachs sebagai menyatakan bahawa perusahaan itu merancangkan urusniaga di China untuk tempoh 50 tahun, maka keseluruhan strateginya tidak terkesan akibat gangguan yang muncul pada beberapa bulan lalu.

Citigroup juga menyatakan bahawa urusniaga mereka di Shanghai tidak terjejas teruk dalam pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan wabak di Shanghai, memandangkan digitalisasi yang sudah semakin popular dalam tranformasi syarikat dan bank komersial di China.