Xi Ucapkan Tahniah kepada Macron

2022-04-25 17:33:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutuskan kawat tahniah kepada Emmanuel Macron atas terpilihnya sekali lagi sebagai Presiden Perancis.

Xi menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun lalu, perkongsian rakan strategik komprohensif China-Peranics  kekal berkembang pada tahap yang tinggi. Kedua-dua negara memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, berganding bahu melawan wabak COVID-19, bersama-sama memelihara amalan multilateralisme dan menyempurnakan tadbir urus sejagat. Usaha ini telah menyuntik momentum baharu kepada perkembangan hubungan bilateral sekali gus memberikan sumbangan baharu kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Xi menekankan bahawa beliau sentiasa mementingkan hubungan kedua-dua negara dari segi strategi dan pandangan jauh, bersedia bersama-sama dengan Macron mendorong hubungan bilateral meningkat ke tahap baharu sekali gus membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia.