Setiausaha Agung PBB Seru Kerjasama Global Hadapi Ancaman

2022-04-25 13:30:29  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada hari Ahad menyeru kerjasama antarabangsa yang lebih erat dilaksanakan untuk mempertahankan amalan multilateralisme yang sedang menghadapi ancaman besar.

"Negara anggota PBB pernah komited kepada nilai multilateralisme dan diplomasi untuk keamanan pada masa awal penubuhan pertubuhan ini," kata beliau dalam ucapan menyambut Hari Antarabangsa Multilateralisme dan Diplomasi Demi Perdamaian yang jatuh pada 24 April setiap tahun.

“Namun, komitmen ini sedang ‘dipecahkan’ pada masa sekarang. Prinsip teras  kerjasama pelbagai hala menghadapi ancaman paling serius sejak tertubuhnya PBB.

“Sistem pelbagai hala dan nilai diplomasi menghadapi ancaman yang beraneka macam yang meliputi krisis iklim dan konflik yang tercetus bertalu-talu termasuk konflik ketenteraan di Ukraine, kawalan senjata pemusnah besar-besaran, kejadian kecemasan kesihatan awam serta mekanisme perlindungan pelarian global,” kata Guterres.

Dengan ini, Guterres menyeru masyarakat antarabangsa berusaha untuk mewujudkan multilateralisme yang inklusif yang berorientasikan pembentukan jaringan.

“saya menyeru kerajaan dan pemimpin semua negara untuk menegaskan komitmen mereka terhadap dialog dan penyelesaian global yang merupakan satu-satunya jalan mampan untuk keamanan," kata Setiausaha Agung.