China Bantu Laos Bina Institut Teknologi Pos dan Telekomunikasi
Institut Teknologi Pos dan Telekomunikasi Laos mula dibina atas bantuan China Isnin. Majlis pecah tanah diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong dan Menteri Pos dan Telekomunikasi Laos, Boviengkham Vongdara.
Institut yang seluas 5,500 meter persegi yang terletak di ibukota Vientiane itu, merangkumi sebuah gedung yang bertingkat lima yang dilengkapi bilik kuliah, makmal dan perpustakaan. Pasukan pembina dari CRCC (China Railway Construction Corporation) ditugaskan untuk membina pangkalan pendidikan dan latihan yang berunsurkan kebudayaan tradisional Laos dan bergaya moden itu.
Jiang Zaidong berkata, sebagai anggota dalam komuniti berkongsi nasib, China komited terus memperhebat kerjasama substantif antara satu sama lain untuk membantu Laos mengintensifkan taraf pendidikan dan memupuk sumber tenaga yang unggul, agar menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi tempatan.
Boviengkham menghargai sumbangan signifikan China dalam sektor teknologi telekomunikasi dan pendidikan Laos, dan menyatakan pihaknya bersedia memperincikan kerjasama kedua-dua negara.