Eropah Patut Berdikari dari Segi Strategi

2022-04-26 12:27:37  CRI
Share with:

Emmanuel Macron sekali lagi menang dalam pemilihan Presiden Perancis pada 24 April lalu waktu tempatan. Selaku negara utama dalam Kesatuan Eropah (EU), Perancis sentiasa merupakan peneraju dalam usaha mendorong integrasi Eropah dan mengekalkan pelaksanaan strategi berdikari.

Dalam kempen pemilihan kali ini, Macron menyatakan akan meneruskan diplomasi yang terlaksana dalam tempoh perkhidmatan penggal pertamanya, iaitu membentuk Perancis yang 'lebih berdikari dan inisiatif'. Ini telah membawa sokongan domestik kepada beliau tetapi juga menjadi cabaran yang akan dihadapinya dalam tempoh perkhidmatan penggal baharu. Cabaran ini kelihatan lebih menonjol dalam menangani perselisihan dengan Amerika Syarikat (AS) tentang isu Ukraine.

Menurut statistik EU pada bulan Mac, kadar inflasi di kawasan penggunaan Euro mencatat 7.4%, iaitu satu rekod baharu dalam sejarahnya,  bahkan di beberapa negara sudah mencapai 15.6%.

Ini membuktikan Eropah sudah menjadi mangsa utama dalam konflik antara Rusia dan Ukraine. Manakala, AS selaku pencetus konflik itu kelihatan hanya bergoyang kaki sahaja di seberang laut dan mengaut keuntungan daripada perang sekali gus memaksa Eropah meningkatkan kebergantungan kepadanya dan menundukkan kepala kepada arahannya.

Dalam konteks ini, EU mengeluarkan sebuah rancangan pada bulan Mac yang bertujuan membina tenaga ketenteraan Eropah yang bebas daripada NATO dan  membentuk kerangka keselamatan tersendiri.

Selain itu, Eropah juga perlu tajam akal dan meningkatkan keinsafan yang rasional terhadap China ketika bergaul dengan negara Tembok Besar ini.

Baru-baru ini, Naib Setiausaha Jabatan Negara AS, Wendy Sherman ketika melawat EU memilih memfitnah lagi China dan mereka-reka 'perangkap' untuk Eropah beserta Rusia dan China, dengan tujuannya memelihara keselamatan dan hegemoni mutlak AS sendiri. Eropah tidak boleh membuta terhadap gimik politik macam itu.

Nasib Eropah dipegang dalam tangan sendiri. Manifestasi Macron tentang mewujudkan Eropah berdikari dari segi strategi sepatutnya dilaksanakan dengan secepat mungkin dan Eropah berkemampuan menyumbang kepada kestabilan dunia.