HKD43 Bilion Dihulur Demi Rancangan “Jamin Pekerjaan 2022” Hong Kong

2022-04-26 15:25:11  CRI
Share with:

Rancangan “Jamin Pekerjaan 2022” yang dijangka menelan kira-kira HKD43 bilion (RM24 bilion)) belanjawan bakal dijalankan di wilayah Hong Kong.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Jabatan Buruh dan Kebajikan Hong Kong, Law Chi Kwong semalam.

Rancangan tersebut dijangka akan membawa manfaat kepada lebih 1.6 juta orang upahan dan 140 ribu orang pekerja bebas di wilayah itu dalam kerangka memperjuangkan matlamat “menyokong syarikat” dan “menjamin pekerjaan”.

Law Chi Kwong berkata, jumlah pengangguran tempatan terus meningkat sejak Januari lalu. Oleh itu, rancangan tersebut dikemukakan dalam kerangka “Tabung Pencegahan dan Kawalan Wabak”. Menurut rancangan tersebut, subsidi pendapatan disediakan untuk majikan selama tiga bulan, iaitu bulan Mei, Jun dan Julai.

Modal subsidi untuk pelaksanaan rancangan tersebut dijangka mencapai HKD39 bilion (RM21.7 bilion), beserta modal untuk kegunaan kecemasan menjadikan belanjawan keseluruhan mencecah kir-kira HKD43 bilion (RM24 bilion).

Permohonan pekerja dan majikan untuk menikmati subsidi berkenaan boleh dihantar mulai 29 April akan datang dan tempoh perkhidmatannya akan berlangsung selama dua minggu. Peruntukan modal bantuan kumpulan pertama pula dijangka dimulakan pada awal Mei.