Xi: Bina Universiti Bertaraf Dunia Bercirikan China

2022-04-26 11:37:06  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping pada hari Isnin menyeru untuk merintis satu jalan baharu dalam membina universiti bertaraf dunia yang bercirikan China.

Seruan tersebut dibuat Xi semasa kunjungannya ke Universiti Renmin China di Beijing sempena Hari Belia China yang jatuh pada 4 Mei setiap tahun.

Xi mengucapkan tahniah kepada golongan belia yang berbilang etnik di negara ini selain menzahirkan harapan agar mereka bersemangat gigih dalam memperjuangkan kebangkitan nusa dan bangsa serta melakar hasil yang terbaik.

Kunjungan Presiden Xi melibatkan bilik darjah, musium dan perpustakaan dalam kampus serta sesi temu mesra dengan wakil-wakil profesor dan pakar kanan serta penyarah muda dan setengah baya yang berkaliber.

Semasa mempengerusikan satu simposium dengan wakil pensyarah dan siswa-siswi, Xi menegaskan peri pentingnya membina universiti arus perdana yang bertaraf dunia berdasarkan tata hukum negara yang tersendiri, serta menggalakkan para pensyarah menumpukan perhatian terhadap setiap hati dan fikiran semasa melakukan pengajaran dan pemupukan modal insan.