Xi: China Pergiat Pembinaan Prasarana

2022-04-27 12:29:38  CRI
Share with:

Prasarana ialah sokongan penting bagi pembangunan sosioekonomi negara. Oleh itu, pembangunan dan keselamatan perlu diselaraskan, di samping susn atur, struktur, fungsi dan mod pembangunan infrastruktur perlu dioptimumkan bagi meletakkan asas kukuh untuk membina sistem prasarana moden secara menyeluruh.

Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mempengerusikan Mesyuarat ke-11 Suruhanjaya Kewangan dan Ekonomi Pusat China pada Selasa.

Beliau menyatakan bahawa China berjaya melakar kecemerlangan dalam sektor fasiliti sains dan teknologi utama, projek tali air, hab pengangkutan, infrastruktur teknologi maklumat, dan rizab strategik negara, sehingga melonjakkan tahap prasarana tempatan.

Walau bagaimanapun, prasarana di negara ini masih tidak boleh memenuhi keperluan pembangunan negara dan jaminan keselamatan pada masa ini.

Mesyuarat itu turut bersetuju bahawa usaha memperkukuh pembinaan prasarana akan membawa makna signifikan termasuk menjamin keselamatan negara, melancarkan kitaran dalam negeri, menggalakkan kitaran domestik dan antarabangsa, merangsang permintaan domestik, dan menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi.