AS Digesa Minta Maaf dan Berikan Ganti Rugi kepada Rakyat Afghanistan

2022-04-27 14:27:08  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) perlu membatalkan langkah pembekuan haram terhadap aset Bank Pusat Afghanistan dengan serta merta, meminta maaf dan memberikan ganti rugi kepada rakyat Afghanistan yang sudah kehilangan masa selama dua dekad, serta mengheret pengamuk yang membawa kesengsaraan kepada rakyat Afghanistan ke meja pengadilan. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian semalam.

Menurut laporan berkenaan, 14 orang pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu kenyataan pada 25 April untuk mengkrititik kerajaan AS yang membeku aset Bank Pusat Afghanistan sebanyak beberapa bilion dolar Amerika sehingga mengakibatkan kehidupan kaum wanita di negara itu makin buruk.

Sehubungan itu, Wang menyatakan bahawa peperangan yang dilancarkan AS terhadap Afghanistan meragut seramai 174,000 nyawa rakyat tempatan termasuk lebih 30,000 penduduk awam, mengakibatkan hampir satu pertiga orang Afghanistan menjadi pelarian dan lebih separuh rakyat tempatan menghadapi masalah kelaparan yang melampau.

AS telah memusnahkan sebuah negara dan masa depan rakyatnya dan akhirnya pulang dengan membawa aset rakyat Aghanistan yang hanya tinggal sedikit sahaja. Terdedahlah wajah AS yang kejam dan biadab yang selalu menguar-uarkan apa yang disebut “order antarabangsa berdasarkan peraturan”.