Tiga Warga China Maut dalam Serangan Ganas di Karachi

China melontarkan bantahan yang pedas dan menunjukkan kemarahan yang meluap terhadap serangan berani mati yang menyasarkan sebuah van berhampiran Institut Konfusius di Universiti Karachi, Pakistan petang Selasa yang turut meragut tiga nyawa guru China, dan mengakibatkan seorang lagi cedera, beserta beberapa banyak kakitangan tempatan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China hari ini.
Beliau berkata, China menyampaikan duka cita dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka. Kementerian Luar, kedutaan besar serta konsulat di Pakistan telah memulakan pelaksanaan mekanisme kecemasan. Pakistan didesak segera menyiasat insiden letupan itu, menangkap dan menghukum penjenayah yang terbabit, di samping mengambil langkah berkesan bagi memastikan keselamatan warga China di negaranya terjamin, dan mengelak daripada berulangnya insiden seumpama. Urusan susulan sedang ditangani kedua-dua pihak dengan teratur.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz Sharif telah bertolak ke Kedutaan Besar China malam Selasa untuk bertakziah, dan menyatakan bahawa pihaknya akan memperincikan penyiasatan terbabit, tekad membawa pendalang dan pencetus kes tersebut ke meja pengadilan, memperhebat jaminan keamanan untuk staf, projek dan institusi China di Pakistan, dan tidak membiarkan mana pun kuasa menjejaskan persahabatan kedua-dua negara.
China akan terus mendesak pihak Pakistan menangani urusan susulan dan perubatan untuk mereka yang cedera, di samping giat membanteras kumpulan pengganas. Gayung bersambut, tepuk berbalas. Inilah pendirian kerajaan China dalam menyahut cabaran dari kelompok pengganas.

