Sumbangan China Cemerlang dalam Melawan Wabak di Seluruh Dunia

2022-04-27 15:24:14  CRI
Share with:

2022 merupakan ulang tahun ke-50 Artemisinin. Pada 50 tahun lalu, kumpulan saintis China yang diwakili ahli farmakologi, Tu Youyou menjadi yang pertama yang menemui Artemisinin  dan menghasilkan ubat-ubatan terbabit sehingga berjaya membantu negara ini mengatasi penyakit malaria secara menyeluruh. 

China kemudian sudi berkongsi resipi ubat tersebut dengan pelbagai negara lain.

Menurut maklumat, ubat Artemisinin untuk malaria mendapat sambutan baik dari masyarakat antarabangsa berikutan sejumlah keunggulan miliknya seperti cepat mujarab, kesan sampingan hanya sedikit, harga murah dan mudah diguna.

Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, jutaan pesakit di seluruh dunia terselamat dan ratusan juta pesakit sembuh dari rawatan sejak ubat-ubatan jenis Artemisinin dijadikan WHO sebagai pilihan pertama dalam usaha mengatasi penyakit malaria pada tahun 2000.

Setakat hujung tahun 2021, China sudah membantu melatih puluhan ribu pakar teknikal untuk negara-negara membangun dan membina pusat rawatan penyakit malaria untuk 30 negara selain menghantar 28,000 anggota perubatan ke 72 buah negara membangun dalam usaha melawan penyakit malaria.   

Dalam perkembangan lain, semasa negara-negara Afrika dilanda virus Ebola, banyak negara memutuskan keluar dari kawasan penularan wabak. Namun China memilih membantu negara-negara Afrika mengatasi wabak Ebola.

China bukan sahaja negara yang pertama memberi bantuan barangan kecemasan kepada Afrika, tetapi juga berjuang bersama dengan negara Afrika untuk melawan wabak tesebut.

Pada masa ini ketika semua negara sedang bergelut dengan penularan pandemik COVID-19, China sekali lagi menghulurkan bantuan kepada seluruh dunia.

China telah menghantar ratusan bilion barangan bantuan kepada lebih 153 buah negara dan 15 pertubuhan antarabangsa dalam kempen memerangi wabak, selain menyumbang 2.2 bilion dos vaksin kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa bagi menghapuskan jurang ketaksamaan kadar vaksinasi.

Dari Artemisinin hingga vaksin COVID-19, China sejak sekian lama berganding bahu dengan seluruh dunia untuk mengharungi detik yang sukar kerana China menyedari setiap negara seumpama setiap penumpang yang berada di atas satu kapal besar yang sama dengan berkongsi nasib yang sama.