FACEBOOK Matikan Laporan Media Malaysia Mengenai Diskriminasi terhadap Islam di Amerika

2022-04-27 16:41:17  CRI
Share with:

Semalam, Satria telah kongsi hantaran Astro AWANI yang melaporkan “Diskriminasi terhadap Islam di Amerika meningkat 9 peratus pada 2021”.

 

Tapi bila Satria buka page ini pagi tadi, sungguh tak sangka hanya 1 orang telah membaca hantaran tersebut. Dan orang itu mungkin pun adalah Satria diri sendiri.

 

Ini amat mengejutkan, sebab biasanya setiap hantaran Satria menarik puluhan ribu bacaan.

 

Satria terus buka link laman web Astro AWANI, dan dapati tiada masalah, boleh dibuka. Jadi hanya satu kemungkinan, hantaran ini dimatikan oleh platform FACEBOOK.

 

Bebas bersuara ya?

 

Laporan Badan Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) mendapati sepanjang tahun lepas pihaknya menerima 6,720 aduan di seluruh negara membabitkan pelbagai isu antaranya imigresen, diskriminasi perjalanan, penguatkuasaan undang-undang, kebencian dan kebebasan bersuara.

 

Pada masa yang sama, jenayah kebencian menyasarkan keturunan Asia di Amerika meningkat 339%. Manakala, kalau di New York iaitu tempat penduduk perantau Asia yang paling pesat meningkat dalam 10 tahun ini pula telah menyaksikan serangan menyasarkan mereka meningkat sebanyak 361% pada tahun 2021.

 

Maksudnya, kalau kawan-kawan Melayu yang berada di Amerika sebenarnya telah menjadi golongan yang menghadapi risiko diskriminasi paling teruk.

 

Antara yang menjadi sasaran bahkan korban dalam serangan kebencian perkauman di negara itu terdapat sebahagian besar adalah warga emas dan perempuan, bahkan banyak telah memiliki kewargangaraan Amerika.

 

Jadi, adakah ini yang dikatakan sebagai “hak asasi manusia” rakyat Amerika? Atau, menjadi warga Amerika pun sebenarnya tidak memberikan jaminan sepenuhnya? Jadi, adakah hanya orang kulit putih berhak menikmati hak asasi manusia di negara itu?

 

Yang lagi teruk, Amerika yang selalu melakonkan watak “pelindung hak asasi manusia dan kebebasan media” di arena antarabangsa, memilih mendiamkan laporan media luar negara ketika berlaku trend ketara diskriminasi di negara sendiri.

 

Kalau mematikan berita palsu pula boleh diterima, tapi Satria mendapati laporan ini sumber dari BERNAMA.

 

Yang Satria nak tanya, adakah ini tindakan syarikat Facebook saja atau berdasarkan suruhan kerajaan Amerika?

 

Kalau ini pilihan syarikat Facebook, jadi sebagai satu platform media sosial, ada apa hak untuk mendiamkan laporan dari agensi berita nasional negara lain?

 

Kalau ini berdasarkan suruhan kerajaan Amerika, jadi adalah terbukti Facebook pula “state controlled media”?