WHO Seru Teruskan Pemantauan terhadap COVID-19

2022-04-27 13:09:50  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara terus menjalankan pemantauan terhadap virus COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa menyatakan lebih 15,000 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan dalam senario global pada minggu lalu, yang merupakan angka mingguan terendah sejak bulan Mac 2020. Namun semua pihak tetap perlu bertindak dengan berhati-hati terhadap virus tersebut.

Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan, maklumat penularan virus dan urutan genom virus yang diterima WHO semakin berkurangan berikutan ujian koronavirus dikurangkan di banyak negara, sehingga model penularan dan keadaan mutasi virus semakin susah didapati.

“Namun virus COVID-19 tidak akan hilang seiring dengan pelbagai negara menghentikan ujian, sebaliknya akan terus menular, mengalami mutasi, dan membawa maut,” kata beliau.