Laporan Media AS tentang Kebarangkalian “Manusia Terjangkit Virus COVID-19 daripada Mink”

2022-04-27 13:07:20  CRI
Share with:



Menurut laporan majalah National Geographic Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, terdapat sejumlah besar dokumen kerajaan yang mendedahkan perincian tentang kes suspek 'manusia terjangkit virus COVID-19 daripada mink' pernah berlaku di Negeri Michigan, AS pada penghujung tahun 2020.

Walaupun perincian kes ini segera diketahui Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pihaknya memilih melaporkannya kepada umum sekurang-kurangnya tiga bulan kemudian. Laporan berkenaan tidak menarik perhatian ramai sebab hanya maklumat berkaitan dikemaskini dalam laman web secara 'diam-diam', tanpa kenyataan rasmi yang patut dikeluarkan secara terbuka.

 

Dokumen kerajaan yang setebal beberapa ribu helai itu yang termasuk e-mel antara CDC dengan pegawai kesihatan awam Michigan, didedahkan mengikut “Undang-undang Bebas Maklumat” .

Laporan media menyatakan bahawa “maklumat belakang” kes suspek “manusia terjangkit virus COVID-19 daripada mink” buat kali pertama terdedah melalui dokumen tersebut.

Menurut catatan e-mel terbabit, pegawai kesihatan Michigan pernah memohon bantuan CDC pada 8 Oktober 2020 setelah tercetusnya kes jangkitan virus COVID-19 antara kelompok mink di satu ladang penternakan. Selepas penelitian gen dilakukan terhadap sampel virus daripada dua orang pekerja dan dua orang yang terjangkit virus COVID-19 tetapi tidak mempunyai kontak dengan mink ternakan itu, mereka mendapati sejenis varian COVID-19 yang luar biasa yang pernah ditemui daripada mink di kawasan Eropah dan pernah menjangkiti manusia.



 

Namun, sudah tiga bulan selepas kes tersebut dikesan, CDC barulah mengemaskini maklumat berkenaan di laman webnya pada Mac 2021 secara 'diam-diam'. Maklumat itu tidak menimbulkan keprihatinan luas media ekoran bukan diumumkan melalui kenyataan yang rasmi.