Pelajar Didedahkan dengan Aktiviti Bercucuk Tanam

2022-04-27 10:33:52  CRI
Share with:

Bukan hanya terhad di dalam bilik darjah, pelajar Sekolah Menengah Xicheng di pedalaman wilayah Sichuan, diberikan peluang untuk merasa sendiri bagaimana untuk bercucuk tanam.

Diperkenalkan sejak 2017, program bercucuk tanam itu dilakukan sebagai sebahagian aktiviti unit kokurikulum sekolah berkenaan, bertujuan memupuk semangat berbakti pada tanah dalam kalangan pelajar.