Menteri Luar Pakistan Takziah di Kedutaan China

2022-04-28 14:55:04  CRI
Share with:

Menteri Luar Baharu Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari mengutuk serangan bom berani mati yang menyasarkan sebuah van berhampiran Institusi Konfusius, di samping berduka cita dan menyampaikan  simpati terhadap mangsa dan keluarga terbabit ketika menziarahi Kedutaan Besar China di  Pakistan pada Rabu.

Tambah beliau, pelbagai jabatan kerajaan Pakistan sedang bekerjasama dalam penyiasatan terhadap insiden letupan itu, dan  berusaha secepat mungkin membawa mereka yang terlibat dalam serangan itu ke meja pengadilan. Pihaknya bertekad menghukum mereka yang berniat menjejaskan hubungannya dengan China dan kepentingan Koridor Pakistan-China.

"Kerajaan Pakistan telah mengadakan sidang  khas kabinet untuk membincangkan langkah memperhebat perlindungan keselamatan  terhadap pemastautin China. Selain bertakziah, saya juga berharap agar mendengar  warga China di Pakistan menceritakan apa masalah yang dihadapi mereka dan  membantu mereka menanganinya", kata beliau.