AS Digesa Berikan Reaksi terhadap Kritikan Pakar Hak Asasi Manusia PBB

2022-04-28 16:24:18  CRI
Share with:

Baru-baru ini, 14 orang pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu kenyataan pada 25 April menuntut agar kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghentikan pembekuan terhadap aset Bank Pusat Afghanistan sebanyak beberapa bilion dolar Amerika. Kritikan dan seruan daripada pihak PBB juga dilihat sebagai kecaman terhadap lakuan AS yang memfitnah peraturan antarabangsa dan mencabuli hak asasi manusia di negara lain dengan sewenang-wenangnya.

Wang sebanyak beberapa bilion dolar Amerika mungkin dipandang remeh oleh Washington, tetapi benar-benar amat mustahak bagi Afghanistan yang pernah mengalami peperangan dalam jangka masa panjang dan sekarang ini berada dalam pembangunan semula pasca perang. Menurut agensi penilaian antarabangsa, lebih daripada 23 juta orang Afghanistan sedang menunggu bantuan makanan dan kira-kira 95% penduduk negara itu tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Selain itu, terdapat lebih 4 juta orang Afghanistan yang kehilangan tempat tinggal.

Punca yang mengakibatkan keadaan ini adalah perang Afghanistan yang dilancarkan AS dengan dalih anti keganasan. Dalam tempoh dua dekad lalu, seramai lebih 100,000 penduduk awam Afghanistan maut atau cedera dalam perang tersebut, beserta kira-kira 11 juta orang menjadi pelarian. Terdedahnya dosa tentera AS  yang melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya sememangnya mengejutkan dan menimbulkan kemarahan besar di persada antarabangsa.

Selaku pencetus krisis Ukraine, AS dalam tempoh dua bulan lalu telah mengesahkan pembekalan senjata kepada Ukraine sebanyak lapan kali dan jumlah bantuan kententeraan bernilai kira-kira USD3.7 bilion (RM16 bilion). Bagi politikus AS, konflik antara Rusia dan Ukraine yang berlarutan selaras dengan manfaat AS.

Sekarang sudah terdapat lebih 5 juta pelarian Ukraine membanjiri negara jirannya. Menghadapi keadaan ini, pemimpin AS pernah bersuara pihaknya bersedia menerima seramai 100,000 orang pelarian Ukraine, tetapi hanya terdapat 12 orang diterimanya sepanjang bulan Mac lalu. Nah,  janji kosong lagi.

Yang sudah terbukti berkali-kali bahawa AS yang mengejar keselamtan dan hegemoni yang mutlak merupakan punca pergolakan dan kesengsaraan dunia. Para politikus AS yang menginjak-injak order dan peraturan antarabangsa sama sekali tidak layak menyebut 'demokrasi' dan 'hak asasi manusia'. Mereka digesa jangan membisu terhadap kritikan daripada pakar hak asasi manusia PBB.