China dan Kemboja Pengerusikan Dialog Pegawai Pertahanan ASEAN

2022-04-29 13:45:49  CRI
Share with:

Dialog pegawai pertahanan Forum ASEAN diadakan secara maya pada hari ini, dengan dipengerusikan bersama-sama oleh China dan Kemboja, pengerusi bergilir ASEAN tahun ini. Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei memaklumkan berita ini dalam sidang akhbar semalam.

Tan memaklumkan bahawa sidang yang bertemakan “memperhebat perpaduan dan kerjasama, sinergi membina suasana harmoni dan selamat” ini diserikan dengan kehadiran hampir 50 wakil daripada 27 buah anggota Forum ASEAN yang menumpu kepada dua topik perbincangan, iaitu “peranan jabatan pertahanan dalam melawan wabak COVID” dan “memperkasakan kerjasama substantif jabatan pertahanan pada masa pasca wabak”.