Siapakah Hantu Bersiar-siar di Atas Pasifik Selatan?
“Terdapat satu hantu yang sedang bersiar-siar di atas Lautan Pasifik Selatan. Yang saya menyebut itu bukanlah China, melainkan kami”, demikian kritikan yang disiarkan oleh akhbar The Guardian Britain tentang respons Amerika Syarikat (AS) dan Australia yang melampau terhadap perjanjian kerangka kerjasama keamanan yang tercapai China dengan Republik Solomon.
Dilihat dari pegawai peringkat tinggi Australia diutuskan untuk membujuk Solomon atau mencipta rintangan kepada negara itu, sampai Penyelaras Hal Ehwal Lautan Indo-Pasifik Majlis Keamanan Negara AS, Kurt Campbell menekankan Solomon, kedua-dua negara AS dan Australia tidak pernah berhenti dalam memberikan tekanan dan mereka-reka fitnah sepanjang proses menimbulkan pertentangan dan menambah ‘corak ketenteraan’ pada kerjasama bilateral China-Solomon .
Mengapakah kerjasama sebuah negara berdaulat di Lautan Pasifik dengan China untuk memelihara kesentosaan, nyawa rakyat, keselamatan harta dan menghulurkan bantuan kemanusia serta menangani bencana alam mendapat respons yang begitu keras?
Itulah disebabkan Kepulauan Solomon tidak pernah dipandang oleh AS dan Australia sebagai satu negara berdaulat, melainkan pekarangan belakang mereka. Di mata AS dan Australia, sasaran kerjasama kepulauan di Lautan Pasifik patut ditentukan oleh mereka sendiri. Ini sebenarnya cerminan mentaliti kolonialisme dan hegemoni.
Kenapa kepulauan Pasifik yang tekad memilih bekerjasama dengan China tidak terjejas akhirnya walaupun menghadapi halangan yang bertalu-talu dari kem Barat ? Ini justeru kerana kerjasama itu adalah sama rata tanpa syarat politik, dan tujuannya adalah untuk menambahbaik kehidupan rakyat tempatan. Sejak tercetusnya wabak COVID-19, China aktif membekalkan vaksin kepada rantau terbabit. Solomon pula menjadi kepulauan Pasifik pertama yang mendorong pemvaksinan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan keluaran China.
Bagaimanapun, AS dan Australia yang meremehkan permintaan pembangunan berkenaan, selalu memandangkan rantau itu sebagai alat geopolitik. Menurut Harian Solomon Star, lawatan perdana pegawai kanan AS ke Solomon dalam tempoh 80 tahun lalu, hanya berniat memaksa Solomon yang hampir lenyap dalam ingatan Washington, membatalkan perjanjian yang tercapai dengan China.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama ketenteraan sensitif yang dilakukan AUKUS (Australia, United Kingdom, AS)sekali lagi menjadikan negara-negara Pasifik Selatan korban percaturan blok politik dan pertentangan ketenteraan.
Rakyat tempatan sudah pun kehilangan kepercayaan pada AS dan Australia ekoran perbuatan mereka yang keji. Cepatlah hilang hantu yang menuding-nuding jari di Pasifik Selatan, yang memaksa negara lain memihak dan menjejaskan kedamaian serantau!