Ekonomi AS Merosot 1.4% Suku Pertama

2022-04-29 14:50:04  CRI
Share with:

Data statistik diumumkan Jabatan Perdagangan AS semalam mendedahkan bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) AS telah menurun 1.4% pada suku pertama tahun ini.

Inilah prestasi paling teruk dalam tempoh dua tahun sejak tercetusnya pandemik COVID-19.

Rantai pembekalan yang kusut, kadar inflasi yang tinggi yang sudah mencatat rekod baharu dan kekurangan tenaga pekerja dipercayai merupakan antara faktor-faktor yang mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara itu.