Kereta Api China-Laos Rancakkan Perdagangan Serantau

2022-04-29 15:54:39  CRI
Share with:

                                            

 Buat pertama kalinya, kereta api khas buah-buahan rantai sejuk bertolak dari kastam Mohan, China pada Khamis dan menuju ke bandar Kunming, diikuti dengan bandar Guangzhou, Chongqing dan Shanghai.

Ini merupakan kali pertama pengangkutan gabungan landasan kereta api dengan jalan raya, sekali gus mempelbagaikan mod logistik pengangkutan rantai sejuk, selain akan memanfaatkan lebih banyak negara ASEAN dan pasaran domestik.

"Terdapat lebih 520 tan durian Thailand yang bernilai RMB16 juta (RM10.48 juta) dibawa oleh kerata api khas itu, melalui landasan kereta api China-Laos dan jalan raya di pelabuhan, dengan hanya mengambil masa tujuh hari sahaja bagi buah-buhan segar Thailand untuk ke bandar Kunming," kata Yang Juling, Pengurus China Railway Container Transportation.

"Berbanding dengan gabungan pengangkutan 'laut dengan jalan raya' atau jalan raya sahaja, mod tersebut dapat meningkatkan kecekapan sehingga dua kali ganda, berjaya mengurangkan masa dan kos pengangkutan buah-buahan rentas sempadan pada tempoh penularan pandemik," tambah beliau.

Difahamkan, kawasan penyeliaan bagi pengimportan bahan makanan, buah-buahan di kastam Mohan Landasan Kereta Api China-Laos kini sedang sibuk dalam pembinaan.

Selepas itu, bahan makanan, buah-buahan dari negara-negara ASEAN seperti Laos, Thailand, dan Myanmar akan dibawa oleh kereta api China-Laos, seterusnya dijual di pasaran China yang dipercayai merancakkan lagi perdagangan serantau bahkan antarabangsa.