Simposium Hak Harta Intelek China-Malaysia di Guangxi

2022-04-30 14:21:37  CRI
Share with:

Simposium Hak Harta Intelek China-Malaysia telah diadakan secara maya pada Selasa, iaitu Hari Hak Harta Intelek Sedunia.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Bookonomics Asia masing-masing menyuarakan harapan agar memperhebat pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara satu sama lain.

Para peserta telah membincangkan pemeliharaan kebudayaan tradisional, pengajian bahasa, penerbitan, perfileman dan televisyen, perundangan serta kebudayaan kreatif.

Naib Pengarah Jabatan Pengurusan Hak Cipta Jawatankuasa Parti Komunis China di Guangxi, Chen Yu berharap agar Guangxi meningkatkan kerjasama dengan luar melalui pembangunan “Platform Perkhidmatan Perdagangan Hak Cipta China-ASEAN”, khususnya mempererat kerjasama dengan Malaysia dalam bidang hak harta intelek dan penerbitan.

Dimaklumkan, simposium tersebut dianjurkan bersama oleh Kumpulan Penerbitan dan Media Guangxi, Percetakan Sains dan Teknologi Guangxi, Persatuan Pemeliharaan Hak Cipta Guangxi serta KB Asia Sdn Bhd.