EU Patut Timbang Semula Melalui Konflik Rusia-Ukraine

2022-04-30 13:56:34  CRI
Share with:

Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya melakukan pertimbangan semula terhadap konflik antara Rusia dengan Ukraine supaya membentuk keinsafan tentang China secara inisiatif.

 

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam. Menurut beliau, EU dan China mempunyai kepentingan bersama dan asas kerjasama yang kukuh. Hubungan China-Eropah yang stabil berperanan penting bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia. Oleh itu, China sentiasa melihat hubungan dengan Eropah dari segi strategik dan pandangan jauh, bersedia bersama Eropah untuk mengekalkan hubungan rakan yang aman, bertumbuh, inovatif dan bertamadun.

 

Zhao menekankan bahawa konflik Rusia-Ukraine sebenarnya konflik antara Rusia dengan NATO yang diketuai AS. EU sepatutnya melakukan pertimbangan semula tentang siapakah pihak yang mendapat faedah sebenar daripada peperangan ini dan siapakah menanggung kerugian paling besar?

Eropah diharap agar membentuk keinsafan yang inisiatif terhadap China, mengamalkan dasar inisiatif dalam pergaulan dengan China dan bersama-sama China untuk mendorong kestabilan dan kelestarian hubungan kedua-dua pihak sehingga memberi sumbangan lebih besar kepada keamanan dan kemakmuran seluruh dunia.