China Seru UNCLOS Ditafsir dan Dirujuk dengan Tepat

2022-04-30 15:32:35  CRI
Share with:

Dalam sidang peringkat tinggi memperingati ulang tahun ke-40 Konvensyen Undang-Undang Laut PBB (UNCLOS), naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing dalam ucapan tertulisnya menyatakan bahawa sebagai komponen penting undang-undang laut zaman ini, UNCLOS perlu ditafsir dan dirujuk dengan tepat dan lengkap berdasarkan keinginan yang muhibah.

Dai berkata, dalam prakata UNCLOS dinyatakan dengan jelasnya bahawa bagi perkara yang tidak termaktub dalam konvensyen itu akan terus ditangani mengikut peraturan dan prinsip undang-undang antarabangsa umum. Serentak itu, agensi kehakiman antarabangsa dan timbang tara di bawah UNCLOS sepatutnya mentaati prinsip berdasarkan persetujuan negara dan menghormati hak pelbagai negara yang bebas memilih cara penyelesaian perselisihan. Bagi aktiviti penerokaan sumber dasar laut, pelbagai pihak diharap menilai dengan objektif prospek penerokaan laut dalam serta pengaruh wabak COVID-19, dan membantu Lembaga Dasar Laut Antarabangsa (ISA) melaksanakan kerjanya secara berperingkat dan mantap.

Dai Bing mengatakan bahawa China selaku pemeterai UNCLOS bersedia bersama dengan pelbagai negara lain memelihara order laut antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa, giat melibatkan diri dalam mekanisme tadbir urus laut, mendorong kerjasama ekonomi biru dan membentuk komuniti berkongsi nasib laut untuk mewujudkan pembangunan laut yang lestari.