Tarikan Pasaran China Besar bagi Pelabur
Kestabilan politik, sokongan kerajaan terhadap pelaburan, infrastruktur yang baik dan pasaran domestik yang raksasa merupakan tarikan besar bagi golongan pelabur yang yakin ekonomi China akan bertumbuh secara konsisten pada masa depan.
Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Perniagaan China Singapura (S-CBA) James OW PBM baru-baru ini.
Kata beliau, kerajaan China sudah menyusun sejumlah dasar strategik tentang pembangunan ekonomi yang merangkumi peralihan dan penaiktarafan industri, pembangunan industri teknologi canggih dan industri hijau, menggalakkan perusahaan mengembangkan sayap di luar negara, yang kesemuanya dipercayai kondusif bagi pekembangan ekonomi domestik.
Menyentuh suara yang pesimistik terhadap perkembangan ekonomi China, beliau berkata,itu disebabkan mereka kurang mengetahui dan juga tidak pernah meninjau ke China. Dalam tinjauan yang dilaksanakan S-CBA di China setiap tahun,pihaknya mendapati bahawa China berpotensi besar dalam banyak bidang.
Ketika mengulas liputan Harian Financial Times Britain yang berbunyi bahawa beberapa banyak bank pelaburan terkemuka di persada antarabangsa telah menyenaraikan Shanghai sebagai destinasi pelaburan utama pada masa depan, beliau berpendapat bahawa Shanghai mempunyai potensi yang amat besar dalam sejumlah bidang seperti kewangan, dan pelabur yang berpandangan jauh disarankan mengambil kesempatan sekarang ini dan menyusun atur skim dengan seawal mungkin.