Arahan Xi tentang Tindakan Menyelamat selepas Keruntuhan Bangunan

2022-05-01 14:07:01  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping memberi arahan tentang tindakan mencari dan menyelamat selepas sebuah bangunan kediaman yang dibina pemiliknya runtuh di provinsi Hunan, China.

Xi cepat mengeluarkan arahan tersebut setelah kejadian itu berlaku pada pukul 12.24 Jumaat di daerah Wangcheng di bandar Changsha.

Xi juga mengarahkan pihak terbabit menjalankan langkah penyelamatan secara saintifik bagi mengelakkan kemalangan susulan selepas berlakunya insiden itu, di samping memulakan siasatan menyeluruh ke atas puncanya.

Selain itu, Xi memberi arahan lagi tentang pelaksanaan satu kempen di peringkat kebangsaan untuk menangani risiko yang wujud dalam bangunan yang dibina pemiliknya supaya memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat terjamin.

Pada masa ini, usaha menyelamat dan merawat serta siasatan terhadap punca insiden sedang dijalankan dengan lancar di tapak kejadian.