Arahan Xi tentang Pengemaskinian Aliran Modal

2022-05-01 15:19:22  CRI
Share with:

Modal adalah faktor pengeluaran penting dalam ekonomi pasaran negara sosialis. Maka, memastikan aliran modal berkembang ke arah yang teratur berdasarkan syarat ekonomi pasaran negara sosialis merupakan isu penting yang melibatkan ekonomi, politik, praktik dan teori, yang berkait rapat dengan usaha mengekalkan sistem ekonomi negara sosialis, pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, pembangunan berkualiti tinggi, kemakmuran bersama-sama, keselamatan negara dan kestabilan masyarakat. Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi pembelajaran kolektif  ke-38 Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) pada petang Jumaat lalu.

Beliau menekankan bahawa hendaklah meningkatkan penyelidikan dan penginsafan terhadap pelbagai jenis modal dan fungsinya di negara ini pada zaman baharu, di samping memastikan aliran modal berada dalam keadaan yang sihat dan teratur supaya memainkan peranannya selaku faktor pengeluaran penting.