Presiden Pakistan Bertakziah untuk Mangsa China

2022-05-01 14:14:03  CRI
Share with:

Presiden Pakistan, Arif Alvi telah menziarahi Kedutaan Besar China ke Pakistan pada Sabtu untuk bertakziah kepada mangsa warga China dalam letupan bom yang menyasarkan sebuah van berhampiran Institusi Konfusius Universiti Karachi.

Alvi mewakili rakyat Pakistan menyampaikan dukacita yang mendalam kepada mangsa warga China, dan simpati ikhlas kepada pemimpin negara, Parti Komunis China dan rakyat negara ini, di samping melontarkan kutukan pedas terhadap perbuatan ganas itu.

Tambah beliau, pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin adalah jambatan yang berfungsi menggalakkan persefahaman antara kalangan rakyat kedua-dua negara. Tiga orang guru yang terbunuh dalam letupan bom itu adalah utusan persahabatan kebudayaan Pakistan-China. Kepergian mereka menjadikan Pakistan berasa sakit hati dan malu sangat. Tujuan serangan ganas itu adalah untuk menjejaskan persahabatan kedua-dua negara dan pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan. Pembangunan negara Pakistan tidak terlepas daripada sokongan saudara China. Pakistan akan sedaya upaya membanteras keganasan, memastikan keselamatan warga dan institusi China di negaranya terjamin, dan membendung sebarang muslihat yang bertujuan menjejaskan ikatan persaudaraan kedua-dua negara.

Kuasa usaha Sementara Kedutaan Besar China ke Pakistan, Pang Chun Xue berterima kasih atas kedatangan Alvi.