Ashraf Kunjungi Kedutaan China, Ucapkan Takziah

2022-05-02 13:18:54  CRI
Share with:

Speaker Dewan Rakyat Pakistan, Raja Pervaiz Ashraf mengunjungi Kedutaan China di Pakistan pada Ahad untuk menyampaikan rasa dukacita atas pengorbanan warga China dalam serangan ganas di Karachi baru-baru ini.

Ashraf menyatakan, Dewan Rakyat Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.

Tegasnya, Pakistan akan terus memerangi keganasan dan sedaya upaya menjamin keselamatan warga China di negara itu. Pihaknya tidak akan membiarkan hubungan kedua-dua negara terjejas kerana insiden seumpama.

Kuasa Usaha Kedutaan China di Pakistan, Pang Chunxue mengucapkan terima kasih kepada Ashraf atas lawatannya. Beliau berkata China mengutuk keras serangan itu dan meminta pihak Pakistan menyiasat insiden itu dan membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Pada 26 April lalu, sebuah van penumpang ulang-alik Institut Konfucius di Universiti Karachi diserang, menyebabkan tiga guru China terbunuh.