Delegasi Kongres AS Melawat Poland dan Ukraine

2022-05-02 12:30:07  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi menyatakan bahawa pihaknya berdiri teguh bersama sekutunya dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menyokong Ukraine.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai lawatan delegasi kongres AS ke Poland dan Ukraine, pada Ahad.

Pelosi menyatakan bahawa delegasi kongres telah bertemu dengan '82nd Airborne Division' Tentera AS di Poland.

Delegasi itu akan bertemu dengan Presiden Poland pada hari ini, membincangkan isu-isu seperti peningkatan hubungan rakan kedua-dua negara dan pemberian bantuan kepada Ukraine.