Kapal Kargo "China Express" Saksi Peningkatan Perdagangan China-Britain

2022-05-02 13:08:18  CRI
Share with:

                        

Kapal kargo "China Express" yang membawa barangan dari China tiba di Pelabuhan Liverpool, Britain pada Ahad. Barangan tersebut kemudian akan dihantar ke seluruh negara itu.

Perkhidmatan perkapalan terus "China Express" kendalian syarikat Allseas Global Britain dilancarkan pada April 2021. Ia bertujuan untuk menangani impak akibat pandemik COVID-19 terhadap rantai bekalan global, di samping menjamin bekalan barangan China di pasaran Britain.

Kini, perkhidmatan perkapalan terus antara Pelabuhan Liverpool dengan Shanghai itu telah menghantar lebih 60 ribu kontena, sekali gus memanfaatkan lebih 200 syarikat tempatan Britain.

Datuk Bandar Sefton, Clare Louise Carragher memberitahu bahawa syarikat Allseas Global akan mengambil lebih 100 pekerja lagi kerana pembukaan perkhidmatan "China Express".

"Perkhidmatan laluan perkapalan tersebut amat memanfaatkan pembangunan ekonomi tempatan dari segi pengambilan pekerjaan dan pertukaran teknologi. Ini adalah amat diperlukan," kata Carragher.

Beliau menyatakan bahawa disebabkan terputusnya rantai bekalan semasa pandemik, banyak syarikat menghadapi kesukaran dalam urus niaga. Namun, perkhidmatan perkapalan terus tersebut banyak membantu syarikat tempatan untuk menangani krisis tersebut, dan ini amat bermakna.