Kes Tembakan Berlaku di Beberapa Tempat AS Hujung Minggu

2022-05-03 12:41:42  CRI
Share with:

 Menurut laporan media tempatan Amerika Syarikat (AS), beberapa kes tembakan berlaku di Chicago di negeri Illinois, Baltimore di negeri Maryland, dan San Antonio di negeri Texas pada hujung minggu lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

Antaranya, kes tembakan di Chicago menyebabkan sembilan orang terbunuh, dan 26 lagi cedera.

Pada masa yang sama, beberapa kes kekerasan berlaku di Baltimore, mengakibatkan seorang terbunuh dan empat lagi cedera.

Selain itu, pihak polis San Antonio mendapati dua lelaki mati ditembak di dalam bilik dobi, dan pembunuh masih belum ditangkap.

Data statistik dari laman sesawang Arkib Keganasan Senjata Api AS mendapati, setakat 2 Mei lalu, seramai 14,332 orang dibunuh akibat keganasan senjata api di seluruh negara itu tahun ini, termasuk 524 kanak-kanak dan belia.