Fumio Kishida Lawat Thailand

2022-05-03 11:29:41  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengadakan lawatan rasmi ke Thailand pada 1 hingga 2 Mei.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha mengadakan majlis sambutan yang meriah di Pejabat Perdana Menteri petang semalam.

Selepas itu, pemimpin kedua-dua negara mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, keselamatan, pembangunan serantau, usaha bersama untuk menghadapi cabaran dan melawan pandemik, serta situasi antarabangsa.

Thailand ialah tempat terakhir dalam rangka lawatan Kishida ke negara-negara ASEAN kali ini , selepas Indonesia dan Vietnam.