94 Peratus Rakyat AS Bimbang akan Inflasi

2022-05-03 12:44:16  CRI
Share with:

Menurut hasil tinjauan umum terkini yang dilakukan Syarikat Penyiaran Amerika Syarikat (ABC), lebih 94 peratus rakyat berasa bimbang akan inflasi di negara itu sekarang ini.

Tinjauan pendapat umum yang dijalankan dari 24 hingga 28 April menunjukkan, 44 peratus responden berasa cemas mengenai inflasi, 50 peratus berasa bimbang tetapi tidak kecewa, hanya enam peratus tidak mengambil berat mengenainya. 

Selain itu, Presiden Joe Biden memperolehi 42 peratus kadar sokongan dalam tinjauan tersebut, naik sedikit berbanding 37 peratus yang dicatatkan pada Februari lalu.