Latihan Tentera Bersama NATO, 18 Ribu Askar Terlibat

2022-05-03 12:32:21  CRI
Share with:

Menurut pengumuman Kementerian Pertahanan Poland pada 1 Mei, latihan tentera bersama pelbagai negara iaitu "Defender of Europe-2022" dan "Rapid Response-2022" yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat (AS) akan diadakan di sembilan negara Eropah yang berhampiran dengan sempadan barat Rusia dari 1 hingga 27 Mei ini.

Menurut pengumuman tersebut, seramai 18,000 anggota tentera dari lebih 20 negara akan  menyertai latihan tentera itu, antaranya termasuk AS, Perancis, Sweden, Jerman, Denmark dan Britain.

Dalam pada itu, terdapat 7,000 askar dan 3,000 pucuk senjata dari Poland akan terlibat dalam latihan itu.

Selain itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan mengadakan latihan tentera udara bersama "Tiger Club" di Greece dari 9 hingga 22 Mei ini.