Banyak Rumah Jagaan Terpaksa Ditutup di AS

2022-05-04 13:49:27  CRI
Share with:

Banyak rumah jagaan di Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditutup sejak tercetus pandemik COVID-19 ekoran kekuarangan pekerja dan kenaikan kos pengendalian.

Memetik laporan Syarikat Penyiaran AS (ABC) pada Selasa, lebih 300 sanatorium di AS telah ditutup, menjadikan hampir 13,000 pesakit kehilangan tempat jagaan.

Dalam pada itu, lebih 400 ribu pekerja yang mewakili 10 peratus daripada tenaga kerja industri itu, berhenti kerja dari sektor itu dari Mac 2020 hingga Januari 2022, .