Iran, AS Rundingkan Isu Nuklear Melalui Pertukaran Maklumat Bertulis

2022-05-04 13:47:16  CRI
Share with:

Iran dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan mengenai pemulihan pelaksanaan perjanjian nuklear Iran melalui pertukaran maklumat bertulis.


Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian pada Selasa.


Agensi Berita Tasnim Iran melaporkan, pertukaran maklumat itu dilakukan melalui wakil Kesatuan Eropah (EU) bagi membatalkan sekatan sepihak terhadap Iran.


Sasaran Iran adalah untuk mencapai satu perjanjian yang berkesan dan berkekalan. Apabila rundingan itu menghampiri fasa muktamad, wakil Iran akan membuat pemindaan akhir terhadap perjanjian itu.